Halaman

Selasa, 14 Mei 2013

Jangan membazir air

Assalamualaikum

Minggu ni belajar tema Air.
Seperti biasa semasa sesi rutin/bualan pagi, murid2 akan diberi penerangan dan disoal sejauh mana pengetahuan mereka tentang tema pada minggu tu.

Antara soalan yang ditanya kepada mereka, apakah kegunaan air. Tak ada masalah besar mereka nak menjawab.
Juga diberi penerangan agar tidak membazirkan air. Bayangkan jika air tak ada, apa akan jadi?

"Penting tak air untuk kita"? soal saya.

Tak ku sangka kau telah di black goat kan olehnya, ishhh
"Pentingggggg.....", ramai2 menjawab. Mereka berumur antara 4-6 tahun.

"Jadi kita janganlah..............." (berhenti jap).

"Janganlah apa?" saya ulang lagi.

Sorang murid berumur 5 tahun yang petah mulutnya menjawab,
".....jangan minum air tehhhhhh!!"

Erkk? Pulak? Chekgu tak ajar yang tu nak oiii!!

Segala artikel yang berkaitan adalah pendapat serta pandangan peribadi penulis blog. Penulis tidak mempengaruhi atau dipengaruhi sesiapa berkenaan dengan sesuatu artikel yang ditulis.

Isnin, 18 Mac 2013

Seronok

Assalamualaikum

Dah tiga bulan saya tak berblog. Faktor kekangan masa.

Hari ini saya nak bercerita.......


Enam tahun saya duduk rumah. Sebelum ni macam2 pengalaman kerja saya ada. 
Saya dah terbiasa berdikari sejak dari sekolah rendah lagi (jual buah mempelam kat kawan2, jual manggis yang saya petik kat belakang rumah dengan adik lelaki, bawak ke kedai ayah saya dan dapat duit darinya - sungguh nostalgik).

Encik suami keberatan bila saya kata nak bekerja dengan alasan dia mampu beri kami makan minum. Jadi enam tahun saya dok melangok berkulapak sambil terima tempahan baju dan kadang2 kuih muih.
Boring.......

Sehinggalah pada suatu hari si Mohd bawak khabar.

Ahad, 23 Disember 2012

Senyumlah sikit.........

Assalamualaikum

Semalam pergi ke satu stokis. Dah beberapa kali le ke situ. Dah beberapa kali juga le bertukar staffnya. Tapi staff yang sorang ni yang dah banyak bulan nampak dia bekerja kat situ, ala mak tuan....muka....sedap lagi kedondong, masam2 pun boleh kunyah.....
Tak pernahnya tengok dia senyum. Hancur.
Senyum kambing lagi baik kot
Dia perasan bagus kot. Atau dia perasan dia lawa kot. Biasa je i tengok. Pernah le ada satu kali i cuba buat humor nak hidupkan suasana, tapi dia menilai i dengan kata2 yang mengguris perasaan seorang customer.
Memang PR hang hancur dik oii. Kena tarbiah budak ni.
Tapi nak tak nak kena pergi juga, coz situ je lah yang terdekat.

Nak je i contact owner dia, nak tanya kenapa ambik pekerja macam ni. 
Tapi staff yang sorang lagi ok. Peramah. Senang hati berurusan dengan dia.

Jadi semalam i pergi ke sana dengan wajah mencuka sebab dia pernah buat i rasa terguris. Say sorry lah, orang2 macam ni i tak pandang dah. I mean dengan sombongnya, dengan kedekut senyumnya, dengan bajet bagusnya....boleh blah.

I bukan nak kata bagus, tapi i dah ada banyak tahun dan pengalaman kerja in front. Direct to customers. So i tak paham kenapa orang yang macam ni boleh bekerja di bahagian2 seperti ini atau seumpamanya.
I tak akan buat sesuatu kalau tak bersebab.

Thank you.

Segala artikel yang berkaitan adalah pendapat serta pandangan peribadi penulis blog. Penulis tidak mempengaruhi atau dipengaruhi sesiapa berkenaan dengan sesuatu artikel yang ditulis.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...