- Menanti Mekarnya Sakura - Bencana Tsunami Jepun laporan Fariha Onn.
Aduhh.
Aku antara yang mudah menitis air mata pabila melihat situasi-situasi yang bisa meruntun perasaan, yang bisa menggugah hati yang masih belum tabah seperti tabahnya rakyat Jepun terutama di Sendai sana.
---------
Menurut seorang rakyat Jepun di sana yang ditemuramah oleh wartawan Majalah 3, seorang doktor yang mempunyai kliniknya sendiri - ketika itu dia sedang merawat salah seorang pesakitnya.
Tiba-tiba berlaku gegaran yang disangkanya cuma seketika sahaja, tapi berlanjutan selama lima minit, ye lima minit yang sangat kuat.
Apa yang kita tengah lakukan ketika lima minit itu di sini? Berhibur?
Ohhh, tidak dapat aku bayangkan tika dan suasananya di sana.
Aku terus terang tak mampu nak terima situasi itu.
Menurut doktor itu lagi (lupa nama dia), selang 45 minit selepas itu, yang sangat ditakuti untuk kesekian kalinya - tsunami!
Apa yang menarik perhatian aku, menurutnya lagi, 2 tahun sebelum itu, telah dibuat kajian tentang adanya gempa bumi yang akan berlaku di kawasan tesebut oleh sebuah universiti di sana.
Tidak memeranjatkan ye, masyarakat di sana sangat mengambil berat akan kajian tersebut. (Sebab mereka adalah mereka, di bumi mereka, bukan seperti kita,.... - tambah sendiri je lah ayat berikutnya....).
Bertitik tolak dari situ, mereka telah membuat persediaan dari segi mental dan fizikal untuk mendepaninya.
Tapi tidaklah disangka sama sekali kekuatan gempa bumi itu di luar jangkaan! 9 magnitud!
Ohh Tuhan...
KuasaMu yang menghendaki...
Laporan dari Majalah 3 itu juga menyebut, 4.4 juta penduduknya kini masih bergelap gelita, tiada bekalan elektrik, sementara 4.1 juta lagi tiada sumber bekalan air bersih.
Kekaguman aku - mereka yang ditemuramah semuanya berbahasa ibunda. Lupakan seketika fakta mengatakan kebanyakan mereka tidak fasih berbahasa perantaraan, Inggeris.
Kekaguman aku lagi yang tiada taranya - rakyat Jepun memang sangat tabah!
Mereka sangat sayangkan tanahair mereka, tanpa berganjak, terus menongkah, meneruskan arah, membentuk ukhwah agar terus tabah!
![]() |
| image by nxtnews.com |
Alangkah.....menanti mekarnya sakura...
Berdermalah untuk sebuah negara bernama Japan.
(Terima kasih untuk Majalah 3).

Tiada ulasan:
Catat Ulasan