Halaman

Rabu, 4 Mei 2011

Cerita tv dan siput

Saya bukan kaki tv yang ampuh.
Saya juga tak fanatik (ye, sesungguhnya) kepada siaran-siaran berbentuk nyanyian, hiburan dan seumpama.

NAMUN begitu saya masih 'teringin juga ambil tau' hal-hal berkenaannya secara sepoi-sepoi bahasa sahaja.

Bukan kerana saya alim kucing. Itu mungkin lain kali kita cerita ye.

Namun jika akan-akan datang, saya ada letak post berkenaan artis/selebriti, harap tidak ada yang berkata saya ni hipokrit.

Walau bagaimanapun saya gemar kepada movie tak ketinggalan juga filem animasi. Terus terang saya lebih menjurus ke arah movie dari barat. Jangan cepat menghukum. Kerana saya juga pemilih. Bukan semua saya bantai tengok.
 

Manakala filem P.Ramlee masih menjadi tatapan saya sehingga kini.

Adapun bentuk rancangan kegemaran saya yang utama ialah menonton rancangan berbentuk majalah, dokumentari, info, learning, tazkirah.

Apapun semua rancangan kegemaran saya bergantung kepada kalau saya 'rajin tengok tv' pada hari tu. :)

Astro pun baru dua tahun saya langgan (ada learning, saya suka). Itupun sebab kualiti gambar di skrin tak best a.k.a tak clear. Hiks..

Bujang dulu saya juga pernah bekerja di sebuah tempat pelancongan. Anak kepada majikan saya pernah bertanya: " You kalau tengok tv, suka tengok rancangan apa?"
Tanpa banyak berfikir saya pantas menjawab," National Geographic!"

Dia tersenyum. Saya pun tak tau kenapa. Dia tengok saya ni suka haiwan barangkali.

Masa tu astro dalam mimpi je. Bila dah ada ni, saya :)

Bersiaran pada 17 April lalu, saya menonton Agro Jurnal (RTM) - tentang siput gondang emas.

(Sesapa yang tak tau boleh teruskan membaca. Sapa dah tau tu boleh skip. Heheh...)

Siput ni membiak di sawah padi dan menyerang tanaman-tanaman padi. Ia boleh menjejaskan hasil keluaran padi pada satu-satu musim.

Menggunakan racun terkawal memanglah lambat hasilnya. Tapi kalau nak cepat, pakai racun yang tak dipatenkan dan terlarang boleh menyebabkan orang lain atau petani tu sendiri dalam bahaya (boleh maut).

Apa yang menarik, siput ni boleh hidup dalam tanah sedalam enam kaki di kawasan tersebut walaupun bukan musim menanam, maknanya tanah kering, tidak berair. Tanpa makan ia boleh bertahan sehingga tiba musim menanam padi berikutnya.
Kental dan gigih sangat. Respek.

Sepintas lalu, saya tersedar kini kenapa dan mengapa petani selalu mengeluh. Antaranya kerana masalah serangan makhluk perosak yang pantas membiak populasinya ini.

Cerita panjang-panjang kat sini pun, baik baca je kat link tu. Huhu...

Moral of the story:
1. Fikirkan kesengsaraan orang lain yang berkeringat sebelum kita mendapat labanya.
2. Luaskan pengetahuan anda dengan rancangan ilmiah.
3. Tidak semua filem dari barat tidak baik. Terpulang kepada anda yang menentukannya.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...