Halaman

Selasa, 12 Julai 2011

Aku dan kelulut

Inilah entri yang tertunggak dan terpublish oleh saya, saya, dan saya - keeditan post yang melampau menerusi alkisah yang beraneka lewat zaman tersipu sepi pabila terbolosnya cahaya ketahuan melingkari mata sedar yang terbuka rela menerima. Kejahilan yang suram kembali mewarnai dek berseminya kemaafan dari sang pencipta oleh sang pencinta. Perghhh...

Eyyy, ape daa...tersajak plaks :p

********************

Hai pengunjung,
tentu sebahagian dari anda tahu apa itu kelulut?

 ^^^^^^^^^

Kelulut adalah merupakan sejenis serangga spesis lebah yang membuat sarang di dalam pokok-pokok kayu.
Biasanya mereka tidak akan berpindah atau bertukar sarang ke tempat lain sebaliknya akan terus membuat sarang di dalam lubang pokok yang sama sehingga bertahun-tahun lamanya walaupun pokok tu telah mati.

Kelulut gred B
Corong atau laluan keluar masuk ke sarangnya ini adalah terhasil daripada partikel-partikel getah pokok yang diambil oleh serangga ini secara rutin mengikut pecahan tugas masing-masing. Ianya mengambil masa tertentu untuk terus membesar atau memanjang tanpa ada had. Semakin panjang corong ini bermakna semakin lamalah mereka bersarang di dalamnya.

Dan pasti anda tahu kelulut juga boleh menghasilkan madu.
Madu kelulut diketahui antara madu dari spesisnya yang sangat berkhasiat, malah diakui lebih berkhasiat dari madu lebah. Tak percaya?

Oleh kerana itu tidak hairanlah madu kelulut di jual dengan harga lebih tinggi di pasaran berbanding madu lebah. Anda disarankan perlu arif dan berhati-hati di sini untuk mengelakkan dari menjadi mangsa penipuan.

Kelulut seperti lebah juga boleh diternak dan dikomersialkan dengan kaedah tertentu untuk menghasilkan madunya.
Kelulut gred A.
Selalunya menternak kelulut dilakukan oleh petani-petani yang mempunyai ladang buah-buahan seperti tembikai, belimbing dan seumpamanya untuk proses pendebungaan bagi memperolehi hasil tani yang memuaskan, di samping boleh juga mendapatkan madu dari kelulut itu sendiri.

Kegiatan ini giat aktif dilakukan terutamanya di Cameron Highlands dan juga di kampung-kampung yang masih mengekalkan sumber alam semulajadi terutama apabila tiba musim pokok buah-buahan mengeluarkan bunga.

Kebaikan menternak kelulut ialah ianya tidak akan berpindah sarang seperti lebah dan juga keran, malah kelulut juga tidak akan menyerang manusia apabila ia diganggu kerana kelulut tidak mempunyai sengat.
Ia cuma sekadar berlegar-legar di sekeliling kita apabila kita mendekatinya. Kalau anda berpeluang ia akan singgah di tangan anda dan anda dapat rasakan ada getah yang melekit di kakinya.

Banyak sebenarnya info tentang lebah, kelulut, juga cerita mengenai kesahihan madu yang disogokkan kepada kita secara langsung. Anda pasti terlopong mendengarnya.

Nak tau tentang lebah? Boleh baca kat sini ye. 
Ada sesiapa nak tahu tentang keran juga? Tak janji, heh.
Ada yang berminat untuk mendapatkan kelulut? Boleh emailkan kepada saya.

********************

p/s: Kelulut gred A lebih besar dari gred B. (Cuma jenis kamera sahaja yang digunakan adalah berlainan).
Ini boleh dikenalpasti melalui corong/laluan keluar masuk serangga tersebut.

Perhatian: 
Hakcipta terpelihara DKLP. Sila maklumkan sumber asalnya sekiranya cenderung berkongsi. Terimakasih.

JO : Berhemah

2 ulasan:

kakyong berkata...

pasal kelulut ni tahu lah jgak sikit2.. tapi keran tu.. macam 1st time dengor jer... :)

Jemarioren berkata...

hahah...ada jugak tak penah dengo ye.ok2, nanti nak try wat post tentangnya plak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...