Halaman

Sabtu, 30 April 2011

Fact # 2 : Breathing

         Breathing
         deeply 
         can 
         help 
         people 
         stay 
         calm 
         when 
         they 
         are 
         under 
         stress.
  
JO: Jangan dok stress ajo, cepat tuo, pendek nyawo, haih..

p/s: Selepas membaca post ini, adakah anda 'breathing deeply'? Hmmm...aaaahhhhh...

Rabu, 27 April 2011

T2J # 1: Repair


"Helo kak." Dia tinjau aku dari balik pintu grill dapur. "Apa pasal?"

Tunjuk hidung. "Selsema..." (sambil buka pintu).

"Kak, awak boleh jahit seluar ini ka? Koyak lah. Tengok." (sambil tunjuk kat tempat koyak).
"Mau buang sayang, boleh pakai lagi, koyak bawah saja."

Aku belek. Hmmm...

"Haa? Boleh ka?"

Isnin, 25 April 2011

Tukaq lagik!

Hahah! Aku rasa aku dah demam tukar template kot!

Sat-sat tukaq, sat-sat ambik balik.

Post ni dengan template paling akhir aku kemaskini. Jadi komen-komen kalian secara logiknya ada balik lah ek.

Huhu...kalian tak nak gelak, tak pe, aku gelak sengsorang, memikirkan sat lagi nak minta maap lagi agaknya ke? Wakakaka...

Kepada umialya dan esempoi, kalian jangan le tak nak komen lagi ek, sian kawe. Tolong le kawe bernapas ni hah. Juga bawangmerah, sesekali je budak ni hah jengok kawe. Dia bukan tau apa ponn...theee..

Sabtu, 23 April 2011

Kisah minta maaf kerana ID dan CL

Minta maaf ye pada yang pernah komen kat sini, terutama kat post "Yang selalu kita tak perasan".
Tak lupa juga post-post yang lain, tak banyak, sikit pun sangat-sangat saya hargai.

Kisah dia camni.

Saya nak delete plugin IntenseDebate kat kotak komen tu, tapi akaun saya (IntenseDebate) tak leh buka (saya nak delete melaluinya). Rasa-rasanya ia berpunca dari kesilapan saya bilamana tetingkap mesej Firefox - "Do you want Firefox to remember the password for....." dan rasanya saya telah terklik "Never for This Site".

Pastu dan seterus-seterusnya nak log in ke I.D tu - "unsuccessful".

Jumaat, 22 April 2011

Pantun cempedak

Buah cempedak di luar pagar;
buah cempedak ni rupa dia dekat-dekat nak rupa buah nangka. Ada simpulan bahasa berbunyi: tak ku sangka buah cempedak jadi buah nangka! Haa, nampak tu! Mungkin zaman dolu-dolu pokok cempedak ni banyak ditanam di luar pagar samada luar pagar rumah atau luar pagar kebun sayur. Barangkali pencipta pantun ni tak ada pokok cempedak kat rumah dia time tu. So satu hari dia yang tengah tension sebab asyik kena marah je ngan mak dia, duduk termenung kat tepi tingkap. Sekonyong-konyong ternampak le dia ada pokok cempedak yang dah berbuah kat luar pagar rumah dia, i mean rumah jiran dia. Maka terciptalah ayat di atas.

Ambil galah tolong jolokkan;
galah? Tak tau galah? Hantu galah pernah tengok?

Sabtu, 16 April 2011

Yang selalu kita tak perasan

Kadang-kadang cuba kita perhatikan dan dengar bila seseorang berkata begini:
"la ila.."

Tahukan apa maknanya kan?

Ye! Maknanya 'tiada Tuhan' (!!)

Tolong ye! Tolong tegur kalau ada orang yang ucap tak abis cam ni.
Ye, ada orang akan kata tak sengaja, mulut menyebut, hati tak.

Tapi itu bukan persoalannya.
Kita nak ke disamakan dengan orang bukan Islam yang juga pandai menyebut benda yang sama?
Nak ke?

Rabu, 13 April 2011

Troli dan dulang


Aku tulis entri ni lepas aku ter-baca entri kakjie ni.
(Tak baca laporan BH).

Lantas aku teringat yang aku gi Family Store hari tu.

Apa yang aku nak share kat sini:- lepas aku isi barang-barang ke dalam kereta, aku hantar troli tu balik ke tempat asalnya. Hahahaha... aku memang baik kan?
Jadi tak de ler aku rasa malu pada diri sendiri bila dah baca entri empunya laman tu.

Memang betul, majoriti orang-orang kita memang dot dot dot. Aku tak tuju pada satu-satu kelompok. Semua sama. Majoriti ye, baca baik-baik.

Menyimpang sikit.
Beberapa tahun lalu yang dah lama juga le,

Sabtu, 9 April 2011

Air yang gemalai mampu membunuh: Rakyat Jepun memang tabah!

Tadi baru usai tonton Majalah 3.
 - Menanti Mekarnya Sakura - Bencana Tsunami Jepun laporan Fariha Onn.

Aduhh.
Aku antara yang mudah menitis air mata pabila melihat situasi-situasi yang bisa meruntun perasaan, yang bisa menggugah hati yang masih belum tabah seperti tabahnya rakyat Jepun terutama di Sendai sana.

---------

Menurut seorang rakyat Jepun di sana yang ditemuramah oleh wartawan Majalah 3, seorang doktor yang mempunyai kliniknya sendiri - ketika itu dia sedang merawat salah seorang pesakitnya.

Jumaat, 8 April 2011

StatCounter berwajah baru?

Ada sesapa yang dah tau statcounter berwajah baru?
(Ke aku ketinggalan LRT..)

Mengikut di StatCounter Blog, entri tentangnya bertarikh 13 Dis 2010.
Namun ianya masih dalam versi beta lagi.

Oh ye, pada 'Old StatCounter', sila klik di tempat yang ditanda bulat hijau tu untuk ke muka baru yang menarik.


Ini le muka depan dia.  Menarik. Banyak penambahan.
Nak tau cuba sendirik.


Dan ini muka depan nak log in.


Selamat ber-statcounter!

Telur tiruan ler pulak

Kecoh baru-baru ni ada aduan tentang adanya telur tiruan di pasaran kita. Hmmm...macam-macam.
Lagi nak akhir zaman, lagi macam-macam tiruan, replika, klon, dan pepe je lah yang sama waktu dengannya.

Tak nak ulang apa yang dah ramai orang tahu dari mana datangnya aduan tu.
Tapi aku tak berapa on tv sangat semenjak dua ni.
Jadi tak berapa tau sangat itu ini begitu begini.

Tapi pagi tadi, aku ke Family Store. ...nak beli barang-barang dapur sikit.
Dah belek sayur-sayur, bawang bagai, aku nak gi tempat telur lak.

Nak amik satu papan ke? Ah takyah lah. Aku amik yang kuantiti 10 je. RM3.60. Nutriplus.

Nak beredar dari situ. Kendian ada sorang perempuan berbangsa cina,

Rabu, 6 April 2011

Cerita dari hospital

Suatu ketika aku berada di perkarangan ruang menunggu di sebuah hospital.

Adapun bapak mertua aku dimasukkan ke wad kecemasan waktu tu akibat komplikasi jantung dan paru-paru.
Alhamdulillah, setelah enam belas hari, dia dibenarkan balik, tapi akan ada rawatan susulan kelak.
Baik, itu bukan yang aku nak cerita di sini.

.......

Masa tu malam - aku ingat waktu tu tv yang tergantung kat situ tengah siar berita utama.

Selasa, 5 April 2011

Santai: tikus


 Momma mouse was getting food in the kitchen with her baby when the cat pounced in. 

Snatching up the kid, Momma mouse ran for the mouse hole but it was obvious she wasn’t going to make it.
       
Finally in desperation she whipped around and shouted. “Woof!, Woof!” at the cat. The cat skipped to a halt and ran away. 

Momma mouse turned to her baby and said. “You see how important it is to learn a foreign language".


.........


Kahkahkahkah....

Isnin, 4 April 2011

Fact # 1: Banana


There are over 500 different types of bananas.


That means if you ate a different kind bananas everyday,
it would take almost a year and a half to eat every one.


Huahahaha....

Jumaat, 1 April 2011

Repeat: Jangan jadi hamba hiburan

Artikel ni aku ambil dari sembangkomputer.com bertarikh 25/03/2009.
Walaupun dah lama, tapi masih lagi relevan dengan dunia semasa waktu ini.

Mungkin ada yang pernah berkunjung ke sana, tapi takpelah, kita share-share lagi untuk tujuan peringatan.
Moga tuan punya laman, MK, memberi keizinan untuk disiarkan di sini pula.

.................

Jangan Jadi Hamba Hiburan

Posted on 25/03/2009 by MK
Terlebih dahulu, ingin saya katakan yang saya bukanlah orang bijak pandai untuk membincangkan isu yang berat-berat. Namun setakat mana yang saya mampu, saya akan sampaikan. Kerana setiap dari kita Muslim, dakwah adalah amanah.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...