Meh sini, tinggal ngan mokcik heh..alaahaii...
Selasa, 31 Mei 2011
Jumaat, 27 Mei 2011
Padang pasir garam dan dajjal
Saat mencari info tentang Tasik Oroumieh di Iran yang kini telah mengering menjadi padang pasir garam, sebelum ini ianya tasik air masin yang ketiga terbesar di dunia, kini bakal lenyap dari muka bumi - saya terjumpa satu laman blog yang menarik untuk dikongsi.
Baca sini ye.
![]() |
| Berjalan-jalan di padang pasir garam (Oroumieh Lake) |
Labels:
Info,
Kisah Nabi,
Seantero,
Selayang pandang,
Sesuatu,
Tazkirah
Nafas yang bersisa ini
Hari ini hari jumaat.
Bapak-bapak dan pria sila jangan ponteng ke masjid heh.
WALAUPUN saya tak fanatik kepada siaran-siaran berbentuk nyanyian, hiburan dan seumpama, tetapi yang sebenarnya saya juga lebih menjurus kepada nasyid atau lagu-lagu juga lirik yang membawa mesej untuk kita mengingati Tuhan atau Allah (mesej ketuhanan).
Selalu dengar lagu ni, tapi masa tengah cari idea untuk entri sempena hari jumaat, radio kegemaran saya - ikimfm mengumandangkannya.
Apalagi terus suruh pakcik gugel cari lirik lagu antara yang saya suka dengar ni.
Mmm...tak kisah orang nak kata apa pun, mokcik nak sharing-sharing juga kat sini.
Sharing is caring kan.
UNGU - Dengan NafasMu
Izinkan ku ucap kata taubat
Sebelum Kau memanggilku
Kembali pada-Mu, menutup waktuku
Izinkan ku serukan nama-Mu
Sebelum nyawa dalam tubuhku
Kau ambil, kembali pada-MU
Karna ku tahu, hanyalah pada diri-Mu
Tempatku mengadu, tempatku mengeluh
Di dalam do'aku
Dan demi nafas yang telah kau hembuskan dalam kehidupanku
Ku berjanji, ku akan menjadi yang terbaik
Menjalankan segala perintah-Mu, menjauhi segala larangan-Mu
Adalah sebaris do'a ku untuk-Mu

JO : Entri auto publish. Sedang menuju ke KLIA, hantar kakak dan suaminya nak pergi umrah. Pastu cadang nak jalan-jalan ke Selayang, jumpa kawan-kawan yang lebih sepuluh tahun tak jumpa. Ampang? Kalau masa sempat. Lalalala...lama tak jalan-jalan. Best!!!
Labels:
Dengar dan baca,
Tazkirah
Selasa, 24 Mei 2011
Waktu yang tersisih
Salam untuk semua.
Kenapa saya senyap:
1. Sibuk sikit.
2. Bapak mentua saya masuk hospital semula - jantung. Tapi kondisi dia ok buat masa ni.
3. Tak ada idea nak cerita apa kat sini.
4. Kadang-kadang cam malas nak berblogging, kadang-kadang rajin, semua hal tolak tepi, syioohhh, syioohhh...
5. Saya nak merajuk ngan blogspot, nak pindah wordpress, tapi blank. (Ana!!! Tolong den!!)
6. (Apa lagi ek...?)
7. ......................
JO : Berfikir

Hikayat
Khamis, 19 Mei 2011
Namanya yang disebut
Ada orang bila kita berbuat baik dengan dia, dia 'reti' nak balas balik budi.
Kata bijak pandai: orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.
Orang macam ni semua suka. Sapa yang tak suka, ada-yang-tak-kena-dengan-cerebrum-anda.
Kalau kita sebagai orang yang menerima budi tu, taknak balas setimpal apa yang diberi, secukup kadar pun bagilah. Orang akan nilai kita ni 'berbudi bahasa'.
Tak bagi banyak, sikit pun yang kita ada, itu sudah cukup baik dari TAK BERI LANGSUNG.
Anything. Yang anda rasa anda boleh berbudi kembali kepadanya.
Tapi jangan le takat tu aje. Panjang-panjangkan lah ke episod-episod yang lain pulak ye.
Melainkan anda terjumpa atau 'terkenal' dia secara tak sengaja, kat tepi jalan bila dia tolong angkat barang anda ke, kat shopping kompleks bila dia tolong beri laluan kepada anda nak bayar dulu ke.
Ucaplah terimakasih. Senyum seikhlasnya. Jangan macam nak tak nak bila orang dah buat baik tu.
Anda tak lakukan ini, anda memang manusia HAMPEH.
Kata bijak pandai: orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.
Orang macam ni semua suka. Sapa yang tak suka, ada-yang-tak-kena-dengan-cerebrum-anda.
Kalau kita sebagai orang yang menerima budi tu, taknak balas setimpal apa yang diberi, secukup kadar pun bagilah. Orang akan nilai kita ni 'berbudi bahasa'.
Tak bagi banyak, sikit pun yang kita ada, itu sudah cukup baik dari TAK BERI LANGSUNG.
Eh budak jemari ni, bagi apa, beri apa ni?
Terpulang apa yang anda rasa perlu. Tak semestinya wang ringgit dibalas dengan ringgit, makanan dibalas makanan. Budi boleh dibalas contohnya menyumbang tenaga anda membantu meringankan beban atau tugas insan tersebut.Anything. Yang anda rasa anda boleh berbudi kembali kepadanya.
Jangan berbudi dengan membalas body sudah. O'oo, dah masuk cerita lain tuu...Jangan kata mokcik mengajor ye.
Tapi jangan le takat tu aje. Panjang-panjangkan lah ke episod-episod yang lain pulak ye.
Melainkan anda terjumpa atau 'terkenal' dia secara tak sengaja, kat tepi jalan bila dia tolong angkat barang anda ke, kat shopping kompleks bila dia tolong beri laluan kepada anda nak bayar dulu ke.
Ucaplah terimakasih. Senyum seikhlasnya. Jangan macam nak tak nak bila orang dah buat baik tu.
Anda tak lakukan ini, anda memang manusia HAMPEH.
Labels:
Selayang pandang,
Tazkirah
Isnin, 16 Mei 2011
Oh cikgu Wan cikguku
Semalam kat tv tengok iklan/selingan menunjukkan sorang kanak-kanak istimewa menyanyikan lagu untuk gurunya sambil dikelilingi oleh rakan-rakan sebaya di belakangnya.
Terharu mokcik melihat 'gaya istimewanya' tu.
Nak tunjuk video kat sini, tak ketemu lagi kat mana-mana.
Puas rewind, melodi lagu apa ye, macam pernah dengar. Oh, baru ingat.
***********
Oh cikgu Wan
Oh cikgu Wan
Oh cikgu Wan cikguku
Rupa cantik
Baju batik
Oh cikgu Wan
I LOVE YOU
- (nyanyi ikut rentak melodi lagu 'Oh, my darling Clementine') - :)

(masih ingat cerita lama dari barat ni bertahon dolu?)
Labels:
Cerita tv/radio,
Dengar dan baca,
Orang
Ahad, 15 Mei 2011
Kerabat diraja tercantik dan terhensem di dunia
Apabila Kate Middleton berkahwin dengan Putera William
pada 29 April 2011 yang lalu,
dia bukan saja telah menjadi keluarga diraja,
bahkan turut tersenarai di antara wanita tercantik dalam sejarah
di kalangan keluarga diraja
di antara negara-negara di dunia.
(Banyaknyeee 'di', terkehel lidah).

Menurut satu tinjauan dari 127,000 orang responden yang dijalankan oleh laman beautifulpeople.com, mereka telah meletakkan Kate di tempat ke-3, tanpa segan silu mengatasi satu tangga undian dari mendiang ibu Putera William, Puteri Diana sebelum ini.
Labels:
Info,
Isu semasa,
Orang,
Seantero
Sabtu, 14 Mei 2011
Dia buat lagi...
Paling lama.
Banyak suara-suara mengeluh. Marah.
"Kenapa ni?"
"Apa ni takleh buka?"
Kecoh seantero.
Twitter riuh berkicau.
Releks.
Bukan tak pernah jadi kan? Cuma kali ni paling lama.
Kalau tak, nak berblogging je duaplohpatjam kan?
Blogger nak tukar wajah baru, itu yang didengar.
Woww!
Penat le wehh nak tukaq itu ini, edit itu ini. Gamaknya ler...
Ishh...tak sabor gak tengok rupa paras baru tu nanti.
Standby je le kalau ari ni dia buat hal lagi.
Buatnye lebih lama dari semalam, haru.
- tak masyuk woii!
Pakcik google/blogger, tak baek tauw.
Sekian.

Tentang
Rabu, 11 Mei 2011
Perdaya cinta
Kisah link yang bakal anda klik (kalau sudi klik dan baca) di bawah ini antara ribuan penerima email perdaya cinta.
Sudikan baca Laila Mohd Faisal Perangkap Mangsa Melalui Email Part 3 di blog lanunsepet.blogspot.com
Sudikan baca Laila Mohd Faisal Perangkap Mangsa Melalui Email Part 3 di blog lanunsepet.blogspot.com
Lapan suspek perdaya cinta Internet ditahan
KOTA KINABALU 9 Mei - Kelicikan lapan suspek termasuk empat wanita tempatan memperdaya seorang mangsa dari negeri ini melalui cinta Internet sehingga kerugian kira-kira RM1.1 juta awal tahun ini, terbongkar dengan penahanan kesemuanya di ibu negara, Jumaat lalu.
Empat suspek lelaki yang ditahan ialah warga Nigeria dan Bangladesh berusia antara 20 hingga 29 tahun manakala wanita terbabit berusia dari 27 hingga 44 tahun.
Labels:
Info,
Isu semasa,
Selayang pandang
Ahad, 8 Mei 2011
Sayur hari ahad
Mula-mula : (Baca segala puji untukNYA dulu).
No. 2 : Selamat Menyambut Hari Ibu untuk semua ibu-ibu di luar sana. Sibuk heh, entri pon tak hapdet. :)
Dan seterusnya : Selamat Hari Ahad semua walau di mana saja kalian berada.
*****
Baiklah, hari ni kita nak bercerita lagi tang makanan.
Masih mengenai makanan dari Melaka yang saya tak jumpa atau sebenarnya tak rajin menggodek kat tempat saya bertahun dolu.
Maklum ler, dara pingitan yang ayu masa tu tak reti ke mana-mana atau dengan kata lain MALAS nak ambik tau. Hahahaha...
Anda pernah makan sayur pucuk keledek? Saya tau ramai yang tak jakun cam saya. :(

Makanmakan
Sabtu, 7 Mei 2011
Di sebalik daunkesumlimaupurut
Berkahwin dengan orang Melaka ni, hal yang saya suka sentuh ialah makanan.
Lidah saya dari kecik dulu dah biasa beno ngan makanan dari belah pantai timur, walaupun saya bukan duduk sana. Kata mak sedara saya, tok nenek tujuh keturunan (bahasa malas) dolu-dolu berasal dari sana.
Kenapa daunkesumlimaupurut?
Baiklah, dua perkataan pertama tu melambangkan negeri kelahiran dan kesayangan saya - Johor :)
Limaupurut dah tentunya Melaka Bersejarah. Marilah be...
Kalau pandai cuba cari kat header image tu gambo daun kesum dan daun limau purut. Tarak nampak kalu, kasi letak itu kanta dekat itu punya gambarlah.
Asam pedas Johor sangat sinonim dengan daun kesum atau nama saintifiknya Polygonum Minus Huds, atau Cenohom ataupun boleh juga keterangannya dari sini.
Yang ni pulak songlap dari cik wikipedia:
Lidah saya dari kecik dulu dah biasa beno ngan makanan dari belah pantai timur, walaupun saya bukan duduk sana. Kata mak sedara saya, tok nenek tujuh keturunan (bahasa malas) dolu-dolu berasal dari sana.
Kenapa daunkesumlimaupurut?
Baiklah, dua perkataan pertama tu melambangkan negeri kelahiran dan kesayangan saya - Johor :)
Limaupurut dah tentunya Melaka Bersejarah. Marilah be...
Kalau pandai cuba cari kat header image tu gambo daun kesum dan daun limau purut. Tarak nampak kalu, kasi letak itu kanta dekat itu punya gambarlah.
![]() |
| Minta izin ye incik mat gebu |
Yang ni pulak songlap dari cik wikipedia:
Labels:
Info,
Makanmakan
Rabu, 4 Mei 2011
Cerita tv dan siput
Saya bukan kaki tv yang ampuh.
Saya juga tak fanatik (ye, sesungguhnya) kepada siaran-siaran berbentuk nyanyian, hiburan dan seumpama.
NAMUN begitu saya masih 'teringin juga ambil tau' hal-hal berkenaannya secara sepoi-sepoi bahasa sahaja.
Bukan kerana saya alimkucing. Itu mungkin lain kali kita cerita ye.
Namun jika akan-akan datang, saya ada letak post berkenaan artis/selebriti, harap tidak ada yang berkata saya ni hipokrit.
Walau bagaimanapun saya gemar kepada movie tak ketinggalan juga filem animasi. Terus terang saya lebih menjurus ke arah movie dari barat. Jangan cepat menghukum. Kerana saya juga pemilih. Bukan semua saya bantai tengok.
Saya juga tak fanatik (ye, sesungguhnya) kepada siaran-siaran berbentuk nyanyian, hiburan dan seumpama.
NAMUN begitu saya masih 'teringin juga ambil tau' hal-hal berkenaannya secara sepoi-sepoi bahasa sahaja.
Bukan kerana saya alim
Namun jika akan-akan datang, saya ada letak post berkenaan artis/selebriti, harap tidak ada yang berkata saya ni hipokrit.
Walau bagaimanapun saya gemar kepada movie tak ketinggalan juga filem animasi. Terus terang saya lebih menjurus ke arah movie dari barat. Jangan cepat menghukum. Kerana saya juga pemilih. Bukan semua saya bantai tengok.
Labels:
Cerita tv/radio,
Haiwan,
Moral of the story,
Selayang pandang
Ahad, 1 Mei 2011
Muharram Safar Rabiulawwal
Info ni diambil dari al-azim.com.
Selamat membaca dan berkongsi ilmu tentang di sebalik bulan-bulan Islam.
.........
Jika Rabiulawwal bererti bermulanya musim bunga bagi tanaman maka Rabiulakhir pula ertinya musim bunga yang akhir.
Bulan ini merupakan peringkat akhir bagi tanaman-tanaman berbunga.
Pada waktu itu biasanya tanaman-tanaman di Tanah Arab akan mengalami peringkat akhir berbunga sebelum musim sejuk tiba.
Selain dari Rabiulakhir, bulan ini juga dipanggil dengan nama Rabiul Thani yang membawa pengertian yang sama.
Perlu diketahui bahawa itu adalah gelaran nama bagi satu-satu bulan yang pada asalnya nama itu sudah wujud sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w lagi dan setelah Rasulullah mendapati nama-nama bulan itu tidak memberi makna yang buruk maka Rasulullah s.a.w mengekalkannya.
Maka sebenarnya nama Rabiulakhir itu sendiri tidak ada perkaitan dengan ketetapan musim bunga atau buah kepada tanaman.
Cuaca, iklim, suhu dan musim adalah berkait rapat dengan peredaran matahari dan bintang-bintang lain sedangkan taqwim Islam Qamari adalah berlandaskan kepada peredaran bulan mengelilingi bumi.
Kesimpulannya, Rabiulakhir yang bermakna musim bunga yang akhir tidak dapat dikaitkan dengan musim bunga sebenarnya, ia hanya sekadar nama bagi bulan itu sendiri.
Peristiwa-peristiwa penting bulan Rabiul Akhir
- Peperangan - ada beberapa peperangan yang dicatat berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w yang berlaku di bulan Rabiulakhir diantaranya Peperangan Najran, Pengusiran kaum Yahudi Bani Nadir, Peperangan Al-Ghabah / Zi-Qarad dan Peperangan Al-Ghamar.
- Pengepungan Damsyik - pada zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a diketuai oleh Abu 'Ubaidah bin Al Jarrah dan Khalid bin Al Walid r.a tahun 14 Hijrah dan seterusnya membawa kepada pembukaan Damsyik.
- Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a meninggal dunia dan Saidina Umar Al-Khattab r.a di bai`ah menjadi Khalifah yang kedua.
- Peperangan Jamal - tahun fitnah dimana Saidatina Aisyah r.a terheret dalam kancah peperangan menentang Khalifah Ali r.a.
- Ramai sahabat-sahabat yang gugur syahid diantaranya Talhah r.a dan Ibnu Zubir r.a.
- Imam Ghazali r.a meninggal dunia.
- Ada pendapat yang mengatakan 27 Rabiulakhir adalah tarikh Isra` dan Mi`raj Rasulullah s.a.w (tarikh difardhukan solat). Namun begitu tarikh yang masyhur dan yang diguna pakai di Malaysia ialah 27 Rejab. Sehingga sekarang masih belum ada kajian rasmi individu atau pihak tertentu yang menyemak kembali tarikh sebenar Isra` dan Mi`raj Rasulullah s.a.w.
Amalan-amalan ibadat sama ada yang fardhu mahupun yang sunat di bulan Rabiulakhir adalah sama dengan bulan-bulan yang lain.
Tiada amalan-amalan yang khusus yang dianjurkan oleh Islam dalam bulan ini. Walau bagaimanapun, kita diminta untuk meningkatkan amalan dari masa ke semasa walau dalam bulan mana sekalipun.
Terdapat banyak lagi amalan sunat yang masih kita tak buat atau tak berkesempatan buat. Maka pada bulan ini adalah masa yang sesuai untuk kita mengamalkan ibadah-ibadah sunat yang kita tidak berkesempatan untuk melakukannya sebelum ini.
Disamping kita menjaga dan meningkatkan kualiti amalan-amalan wajib, kita juga mesti cuba memperbanyakkan amalan-amalan sunat yang kita ketahui.
Amalan-amalan sunat adalah penampung atau pelengkap kepada amalan-amalan wajib kita.
Diantara amalan-amalan sunat yang menjadi amalan Rasulullah saw sepanjang tahun ialah solat tahajjud, solat qabliah dan ba`diah, puasa Isnin / Khamis, sedekah, membaca Al-Qur`an dan lain-lain lagi.
JO: Rejab bulan kelahiran
Labels:
Info,
Kisah Nabi
Langgan:
Catatan (Atom)