Kesilapan: entri sebelum tulis tarikh pergi 31/6/12. Sebenarnya 31/5/12
Seperti yang telah dirancang kami terus menuju ke Bukit Payong dalam daerah Marang iaitu ke rumah seorang saudara kepada encik somi - Kak Neli dan abang Marzuki. Kami juga ada meminta dia mencarikan homestay yang berdekatan. Alhamdulillah homestay tersebut sangatlah mempesonakan kami yang kepenatan ini. Semua orang berpuas hati dengan kemudahan yang ada di dalamnya.
Jika anda berkunjung ke sini, silalah ke Fuzias Homestay Village di Bukit Payong yang serba lengkap ini. Mempunyai 5 buah bilik tidur yang kesemuanya dilengkapi penyaman udara dan kipas, 4 darinya dilengkapi katil kelamin, 3 bilik air dilengkapi pemanas air, 2 mesin basuh, bilik solat, dapur dan peralatannya yang lengkap, peti sejuk, 2 set meja makan, set sofa serta ruang parkirnya boleh memuatkan 4 buah kereta.
| Ruang parkir yang luas |
| Bilik 4 |
| Dapur yang selesa |
Saya penggemar nasi dagang made in Terengganu =). Seawal dari rumah lagi saya dah berkata kepada encik somi yang saya nak sarapan pagi nasi dagang di sana.
Alhamdulillah, keesokannya (Ahad) tercapai juga hasrat saya sebab dia pun suka juga. Terima kasih kepada my darling ^_^
Abang Marzuki mencadangkan kami pergi ke gerai ini, lebih kurang 7 minit dari homestay kami menginap. Katanya lagi kalau nampak banyak kereta ye lah tu. Sebungkus 2 ringgit. Ada juga nasi lemak (pun letak ikan tongkol juga di sini rupanya), mee hoon goreng, nasi minyak dengan pilihan kuah kurma ayam atau kari daging dan laksam, pun sedap laksam tu.
| Lambat datang, pukul 9 dah licin. |
| Ini kedainya (di Bukit Payong). Nama kedai, errrr...... |
Kami ada membeli sedikit barang dapur untuk lauk makan tengahari. Dapur homestay pun serba lengkap, rasa seperti satu keperluan yang kami patut menggunakannya.
11.30 pagi check out. Menuju ke arah Kuala Terengganu semula kerana anak-anak buah merengek ajak mak ayah pergi ke Pasar Payang. Sesaknya jalan di sana, mungkin antaranya waktu orang check out dari hotel, pesta pun masih ada lagi, orang ramai juga berhimpit-himpit di Pasar Payang. Saya pernah beberapa kali ke sini, tapi tak pernah lagi alami situasi sebegini.
Kami keluar dari bandar jam 2 petang. Singgah solat di Masjid Terapung (Masjid Tengku Tengah Zaharah).
| Masjid terapung yang sentiasa mempesonakan |
| Pantai Peranginan Kelulut yang bersih dan indah permai |
| Suka sangat lalu jalan Rantau Petronas. Seluas mata memandang. |
Memang sedap ler satar kat kedai ni yang juga merupakan kedai makan yang besar juga ler. Tapi saya lupa nak snap nama kedai ni.
| Satar |
| Otak-otak |
| Satar dan otak-otak, masing-masing 10 biji/keping RM5. Pais ikan pun ada juga |
| Cari keropok pulak kat kedai ni |
| Rasanya boleh tahan gak lah |
| Kat rumah ada lagi. Tu yang tak beli |
Kenderaan kami berpisah menuju ke destinasi masing-masing. Alhamdulillah, tiba di rumah jam dah 12.30 pagi. Adoyaii...
Dapat cerita kenderaan mak ayah pengantin tiba di rumah hampir jam 2 pagi kerana laluan Karak yang sesak lebih sesak berganda punya ganda punya ganda dari jalan di Pasar Payang siang tadi. Pengsan...
Ciknor : tak serik nak ke Terengganu lagi
Segala artikel yang berkaitan adalah pendapat serta pandangan peribadi penulis blog. Penulis tidak mempengaruhi atau dipengaruhi sesiapa berkenaan dengan sesuatu artikel yang ditulis.
6 ulasan:
lemah betul kalau kena harung jem kat karak..ermm
aku tak pernah sampai kelantan...sian kan kat aku? huhuh..
@amirah
macam selalu kena je ye?
@wahida
ish mu nih. bandong bagai dah sampai, kelantan dak lagik? uih, macam gi amerika kalo berkereta tu, hahaha...
cantik dan kemas homestay nya tu ya, berbaloi la bermalam kat situ ya
wahhh terbaik laa journey nie....mcm2 try tu :)
Catat Ulasan