Masuk hari ke enam puasa aku dengan rela hati menggalakkan diri bermesej ke teman-teman. Tak banyak, hampir dua puluh lima orang je. Uwek.
Ada yang reply, ada yang tak. Ada yang esok-esoknya reply. Tak kisahlah tu. Bukan nak mintak balasan pun. (Ye ke ni...)
Dalam ramai-ramai yang reply tu ada tiga orang tanya balik - sapa ni?
Aisyy, dorang ni tak save no aku ka? Tau le aku tak femes cam Lisa Surihani, campai ati korang? Sob sob....
Pada salah sorang tu aku balas balik - Nora lah, eiii....
Dia balas - Nora mana pulak ni?
Waaaa....macam nak nangis haku...
Balas lagi - Nora melaka, adooiii...kecik ati den aaaa.....
Dan kemudian dia balas - Sorrylah, saya tak kenal.
![]() |
| www.lapsura.com |
Sah, si Intan dah tukaq no dia lar ni. Adoyaiii....nape le tak gitau no baru hang. Mujur le si pe-reply tu ada 'sopan santun' sikit.
Okeh, ni aku nak ajar.
Kalian kan kalau dah tukar no baru tu, tak pakai lagi hok no lama, tolong le bagitau teman-teman yang lain.
Setakat ni kalau aku tukar no la (aku bukan spesis suka tukaq-tukaq no okeh), aku gitau, mesej kat teman-teman tak kiralah dia tu jarang dihubungi ke, jarang bermesej ke, ucap selamat setahun sekali bila hari raya aje ke, hatta no teman tu dah dikira tahap muzium ke, apa-apa le - Ini no baru saya. Sila save dan gunakannya mulai hari ini, (disertakan nama dan tempat tinggal terkini).
Cuba kalian bayangkan kalian terberi maklumat ke orang yang salah. Dan orang tu pulak terus menyamar jadi teman kalian yang konon kalian sangkakan. Kalian mungkin terperasan akhirnya, tapi maklumat tu yang mungkin sesuatu yang 'di bawah akta perlindungan hidupan liar', dah pun tersebar, haaa....jawab le sendiri hek. Alangkan maklumat dan info di facebook disalahguna dan tersebar, inikan pula setakat sms!
Bayangkan juga kalau ada sesuatu berita buruk (terutamanya) nak disampaikan kepada orang yang 'tak prihatin' nih, haa...tak ke menyusahkan orang lain namanya tu.
Lain-lain keburukan kalian pikir le sendirik. Jadi, tolonglah, walaupun teman kalian tu tak femes pada kalian (cam aku ler), tapi dia juga perlu disenarai 'insan terpilih' kalian.
Buat le yang kalian fikir bermanfaat pada masa akan datang, bukan rasa bermanfaat pada masa ini sahaja.
Segala artikel yang berkaitan adalah pendapat serta pandangan peribadi penulis blog. Penulis tidak mempengaruhi atau dipengaruhi sesiapa berkenaan dengan sesuatu artikel yang ditulis.

8 ulasan:
sama la, bukan setakat no. phone kawan yg sepuluh tahun lepas, no arwah tok pun masih ada dalam contact list phone..setiap kali tertengok nombor tu teringat kat arwah atok :(
orang yg suka tuka no ni biasanya banyak musuh ataupun tak ramai kawan. heheh
sblm ni akak suka tukar no. tel sbb tak tahan, sikit2 mau pnjam duit, mohon jadi penjamin dsb, adoiiii tension le kalu gini..
tp kini udah bertahun sejak guna line celcom lagi2 sejak pihak jabatan sediakan kad nama siap tertera no pej & personal, kiranya kini byk urusan rasmi kini guna no. personal
@ana
betul tu, kadang kita memang ingat orang, tapi...
@cikgu hairul
mmmm...mungkin jugak yek.
@kak tini
kalu dah sampai nak itu ini dari kita, memang rasa nak lari aje
sy simpan no kwn byk n lame sgt2 skali tersilap reset hp abes sume...lagi sedih :(
@hahah..macam tu pulak. lagi haru..
Catat Ulasan