Halaman

Isnin, 9 Julai 2012

Makan free sapa tak nak

Salam untuk teman alam maya.
Lama mokcik tak jenguk sini. Bizi ler...

Apa cite ek?
Hmm...tentu orang-orang Melaka terutama kat area sini pernah pergi menjamu selera kat satu restoran Arab - Restoran Dima kat Bukit Beruang.

Dua minggu sebelum tu, saya berkeinginan nak makan nasi Arab kat situ lagi. Tapi kali ni nak tapau sebab nak berbuka puasa kat rumah aje. Masa nak bayar, budak cashier tu yang encik somi kenal bagi kami dua keping kad jemputan. Ingatkan dia nak kawin. Rupanya....



8.00 pm - 10.00 pm aje
Tiba harinya, kami ke sana. Tak susah nak cari. Lagi jauh dah nampak.

Tapi orang punya le ramai, masyaAllah....

Kami sampai situ dalam 8.30 pm. Yang berdiri cari tempat duduk/meja kosong juga ramai. Yang tengah makan lagi le. Almaklum le makan free katakan. Sapa tak nak!
Encik somi kenal salah sorang yang tengah makan kat satu meja. Diorang pun nak abis makan dah. Pastu dapat le kami duduk situ ^__^  Tak de le lama kami menanti, pasai ingat nak blah dah, huhu...
 
Kita biasa tengok orang Arab dalam tibi aje. Tapi bila dah depan mata, alamak mak tuannn, comei lote sungguh hok pompuannya. Cam anak patung gitu. Nak pandang lama-lama kang, dia tak selesa pulok...

Hmmm...tang makanannya, aritu tak leh nak pilih-pilih, nak itu ini, apa yang diorang sediakan/keluarkan makan aje le. Encik somi suka kambing, I pulak prefer ayam. Dapat, tapi hidangan tak lengkap le. Takpe le rezeki jangan ditolak. Lagi pun orang ramai sangat, tak terlayan pekerja-pekerjanya nak ikut kehendak pengunjung. Sapa yang dapat tu, bagus le.
Amik le dari jauh ajek :p
Mokcik ni pemalu kucen nak amik gambo masa kat meja tu. Maklum le dengan kamera setongkol gitu cam bagus jek kan...ishh.

Tengok tu ramai kan. Macam nak tengok bola. Yang tengah menunggu kat pesisir jalan lagi.
Apa pun terimakasih atas jemputan. Semoga tuan empunya dilimpahkan rezeki dariNya. Amin.

Ciknor : suka ayamnya yang sangat lembut, sudu garpu plastik pun tak patah!

Segala artikel yang berkaitan adalah pendapat serta pandangan peribadi penulis blog. Penulis tidak mempengaruhi atau dipengaruhi sesiapa berkenaan dengan sesuatu artikel yang ditulis.

8 ulasan:

amirah berkata...

nampak saya tak? hehehe...kalau dalam 8.30 sure kita brtembung tgh memangku arissa tido..hehe..

jemarioren / ciknor berkata...

@amirah

eh ye ke? aisey, tu le perati juga kalo2 ada yang kenal. tau..mesti ramai blogger, sebab nak snap gambo aje, hihi..
insyaallah ada jodoh kita akan berkenalan juga ye amie

Anamarza berkata...

Bestnya dpt mkn free... tak yh malu2 ambil gambor, sekarang ni biasa dah org duk ambil gambor kat kedai mkn/ restoran kan :)

kak tini (umialya) berkata...

len kali tapau bawa balik, pos ke sini

jemarioren / ciknor berkata...

@ana
betul...rasa malu kalau dah crowd macam tu, okeh, akan dibiasakan kelak ek. tkasih!

jemarioren / ciknor berkata...

@kak tini
muahahaha...kalau tak berkulat, jangan panggil ciknor, ekekeke...

topo berkata...

pernah pergi sekali je Dima dekat Bukit Beruang nun.. baru tau dah ada cawangan baru.. boleh cuba ni haha penat-penat main boling pi makan nasi arab plak haha memang kering la duit jawabnya hahaha -.-

jemarioren / ciknor berkata...

@topo

oh encik topo ghopenyer..
timacih le sudi ke mari ^_^

haa...kan3..betul tu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...