Satu ketika mokcik, encik somi dan Mohd gi berjongging kat Hutan Rekreasi Ayer Keroh atau nama glemernya skang Taman Botanikal Melaka.
Baru le lebih kurang seploh minit berjalan-jalan gitu, tetiba Mohd panggil dengan gaya yang bagi aku ada sesuatu yang pelik atau seram. Ish.
"Eh umi, apa tu?"
Kepala menoleh ke arah yang dia tunjukkan.
Ayoyo...apakah itu? Makhluk kasar ke makhluk halus. Erk. Tetiba aku rasa seram je. Encik somi masih di belakang, lambat.
Menda tu ada melekat kat atas batang pokok di tepi trek riadah. Kiranya dengan ketinggian aku yang tak berapa nak tinggi ni lebih kurang 2.5 je meter dari paras tanah.
Kami berdua merapati pokok tu. Semasa kami merapati ala-ala takut campur cuak, tetiba menda tu menoleh kepalanya ke arah kami dengan gaya tolehan yang wowww, mokcik nak kate kat sini cam hantu pun ada dengan mata merahnya gitu. Cam robot pun ada gak. Huargghhhh...